Jumaat, 28 Oktober 2011

Legasi Rasulullah di Rom dan Parsi

Salam semua.Kali ini,kami ingin berkongsi dengan anda berkaitan legasi Rasulullah di Rom dan Parsi.Harap semua terhibur dengan kandungan ini.

Kerajaan Parsi dan Kejatuhannya.


Negara Parsi ataupun sekarang dikenali sebagai Iran.
Nama Parsi ini sebenarnya diambil daripada Fars atau Pars (dalam Bahasa Parsi). Menerusi bahasa Greek, negara-negara Eropah menamakan Iran sebagai Parsi. Ini kerana rantau Iran dan negara-negara sekitarnya adalah teras kepada tamadun dan empayar-empayar lama Parsi. Nama Iran mula digunakan pada tahun 1935 apabila Shah Reza Pahlavi raja Iran meminta agar masyarakat antara bangsa menggunakan istilah Iran. Istilah ini bermaksud Bumi Arya.
Empayar Parsi terdiri daripada beberapa dinasti dimulai dengan Dinasti Achaemenid yang merupakan empayar Parsi asli. Kerajaan ini diasaskan oleh Cyrus Agung yang dimana beliau berjaya menyatukan kerajaan kecil dan suku-suku di penara Iran. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Parsi kemudiannya ditawan oleh bangsa Arab diikuti dengan Turki (Tentera Seljuk), Mongol, Inggeris danRusia. Disebalik penawanan ini, etnik Parsi berjaya mempertahankan kebudayaan, bahasa dan identiti mereka.
KERAJAAN PARSI DI AMBANG KEJATUHAN.
Sebelum kewafatan Rasulullah,baginda telah menghantar utusan untuk menyebarkan islam di Rom dan Parsi.Di Parsi,Maharaja Parsi menghina islam,malah mengoyakkan kertas utusan itu dan menghalau utusan keluar.
Selepas kewafatan Rasulullah,khalifah Islam yang pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq telah menghantar tentera yang dipimpin oleh Khalid al-Walid untuk menumbangkan kerajaan Parsi yang kononnya terkuat.Berikut adalah jadual di bawah
Peperangan Islam-Parsi Sassanid
Sebahagian dari Penaklukan Islam
TarikhApril 633M - 642M
TempatKufah, Madain, Sungai Furat, Walaja, Ullais, Muazayyah, Hirah, Firaz, Qadisiyyah, Nihawand
HasilKemenangan tentera Islam, kejatuhan Empayar Sassanid secara mutlak dan penguasaan wilayah Parsi oleh Khulafa al-Rasyidin
Perubahan
wilayah
MadainIraq dan seluruh wilayah Parsidikuasai oleh tentera Islam
Pihak bersengketa
Empayar SassanidKhulafa al-Rasyidin
Komander
HormuzIndrazaghur,Rostam Farrokhzad,Bahman Jadu, Karanz bin Karianz, Aqqa ibn Qays, Shirazad, Abdul Aswad, Abdul Masih, Jaban, Abjar, Iyas, Wahman Mardansyah, PirouzanKhalid Al-WalidSa'ad ibn Abi Waqqas, Muthanna ibn Harith, Huzaifah Al-YamaniNu'man ibn Muqarrin, Abu Ubaid, Qa'qa ibn Amru, Hisham ibn Utbah, Abu Laila
Kekuatan
Sekitar 250,000Sekitar 90,000
Korban dan kehilangan
Sekitar 150,000Sekitar 15,000

Perang Nihawand

Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattabkerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.
Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.
Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M [1] Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan AfghanistanTransxonia dan Balochistan. Setelah kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini diharamkan kerana dianggap melencong daripada ajaran sebenar.
EMPAYAR ROM (EMPAYAR BYZANTINE) DAN KEJATUHANNYA.
Empayar Byzantine adalah empayar yang terkuat selepas Parsi.Empayar Parsi dan Byzantine (Rom) sering berperang tetapi keputusannya seri.Ternyata kedua-dua kerajaan itu sama kuat.Tetapi,kedatangan bangsa arab telah menumbangkan kawasan Empayar Byzantine di timur tengah.

Empayar Byzantine bermula dari Itali,Bulgaria,Yugoslavia,Romania,Constantinople,Anatolia (Turki),dan beberapa kawasan di tanah arab seperti Mesir,Afrika Utara dan Maghribi termasuk Baitul Muqaddis sebelum ditawan tentera Islam.

Sebelum Rasulullah wafat,baginda seperti biasa menghantar beberapa utusan untuk menyebarkan dakwah ke Rom,tetapi ditolak.

Semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab iaitu khalifah Islam yang kedua,banyak kawasan jajahan Byzantine telah ditawan termasuk kota suci dan qiblat pertama sebelum kaabah,Masjid Al-Aqsa yang berada di Baitul Maqdis (Baitul Muqaddis).

Rentetan itu,pada tahun 1099,tentera salib telah menawan semula Baitul Muqaddis.Kemudian berjaya merampas semula semasa empayar Salahuddin al-Ayyubi (Empayar Abbasiyyah) pada tahun 1187.

Kejatuhan empayar Byzantine mencapai kemuncaknya apabila Kota Konstantinopel ataupun sekarang dikenali sebagai Istanbul,berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh (Sultan Muhammad II) dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Kota Konstinopel adalah ibu kota Byzantine dan juga dikenali sebagai kota terkebal dunia pada masa itu.Beberapa percubaan telah dilakukan sejak zaman Khalifah islam ketiga,Uthman al-Affan.Tetapi,semua percubaan itu gagal.Tetapi,Allah Maha Berkuasa.Semasa ketuanan Uthmaniyah di Turki,Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawannya.

Sumber diatas dari ms.wikipedia.org dan buku PTS Publication.




2 ulasan:

  1. Apa nama tajuk buku keluaran PTS yg cerita pasal Rom n Parsi ni?

    BalasPadam
  2. Manfaat besar bagi kaum muslimin

    BalasPadam