Jumaat, 21 Oktober 2011

Salam semua.Kali ini,Man ingin berkongsi sedikit ilmu dengan kamu semua.Iaitu kerajaan pertama terbesar dunia 'Kerajaan Rom'

Latar Belakang

Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Rom terletak di Lembah Latium yang luas, bersama-sama dengan beberapa buah negara kota lain yang bebas. Mereka ini berbangsa Latin dan menggunakan Bahasa Latin. Sejarah Rom boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu zaman beraja (753-509 SM), zaman republik (509-27 SM) dan zaman empayar (27 SM - 476 M).

Ciri-ciri

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa

Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik. Zaman pemerintahan empayar dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom mencapai zaman kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman). Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180 M. Dalam jangka waktu ini, Kerajaan Rom berkembang sebagai sebuah empayar meliputi 3 benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Zaman ini merupakan satu zaman dimana empayarnya terbentang luas dan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan. Empayar Rom terbentang seluas lebih kurang 2,000 batu dari Utara ke Selatan dan 3,000 batu dari Timur ke Barat dan keluasannya dianggarkan seluas 2.5 juta batu persegi. Jajahan taklukannya menganjur dari Tembok Besar Britain dan dari bahagian Rhine, Danube, Laut Hitam ke Pergunungan Atlas, Gurun Sahara sehinggalah ke Sudan dari Utara ke Selatan. Di bahagian Barat, menganjur dari kawasan Atlantik, Timur gurun Arab dan Mesopotamia, sebahagian Sepanyol, Afrika Utara, Jerman, Macadonia dan Timur Jauh.

Pemerintah yang Cekap

Julius Caesar memerintah Rom pada zaman akhir republik. Beliau telah menjadi Konsul pada tahun 59 SM. Beliau merupakan tentera yang handal dan negarawan yang pintar. Pemerintahannya telah membolehkan terbentuknya pemerintahan mutlak semasa Maharaja Augustus. Beliau memerintah sebagai diktator sejak 49 SM. Kata-katanya yang terkenal ialah veni, vidi, vici yang bermaksud aku datang, aku lihat, aku takluk. Semasa pemerintahan beliau, undang-undang telah diperkenalkan untuk memperbaiki kehidupan rakyat miskin di Rom, kalendar Rom diubahsuai menjadi Kalendar Gregoria. Caesar telah dibunuh pada tahun 44 SM kerana perasaan iri hati di kalangan ahli senat. Octavius yang memakai gelaran Augustus merupakan Maharaja Rom yang pertama. Semasa pemerintahannya, Rom mencapai zaman kegemilangan iaitu zaman Pax Romana. Beliau juga merupakan orang yang memulakan pemerintahan warisan atau dinasti di Rom.

Undang-undang yang Teratur

Sumbangan Rom dalam bidang perundangan sangat penting. Undang-undang mereka yang pertama dipahat pada 12 permukaan kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas. Papan Dua Belas ini dipamerkan di tempat awam supaya semua rakyat dapat membaca dan mematuhinya. Ciri-ciri undang-undang Rom ini adalah: seseorang yang didakwa bersalah tidak dianggap bersalah sehingga terbukti kesalahannya, hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dihormati, hukuman hanya akan dijatuhakn oleh hakim berdasarkan bukti yang cukup dan sahih dan semua undang-undang disusun dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Kanun Undang-undang. Walau bagaimanapun, undang-undang mereka dapat dibahagikan kepada 3 kategori: undang-undang sivil untuk warganegara Rom dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis termasuk peraturan senat dan dikri-dikri prinsip, undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara yang meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi serta natural law yang merupakan undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undang-undang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa menindas. Maharaja Justinian (527-567) telah menyusun semula sistem undang-undang yang pertama di Rom. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Justinian. Undang-undang ini telah menjadi asas undang-undang di banyak negara moden pada hari ini.

Ekonomi yang Kukuh

Di Rom, perdagangan bertambah maju di bawah pemerintahan Maharaja Augustus. Keadaan politik yang stabil telah menggalakkan perniagaan bebas antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Barang-barang niaga dibawa masuk ke dalam empayar melalui jalan raya yang dibina. Bandar-bandar telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Rom telah mengeksport gelas, kain linen dan emas ke luar negara. Di sebaliknya, Rom mengimport sutera dan lada hitam dari China, mutiara, minyak wangi dan tekstil dari India. Bagi bidang perindustrian, ia dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan. Mereka ini biasanya merupakan pedagang dan pengusaha yang membuat dan menjual di kedainya sendiri. Majoriti penduduk di Rom menguasahakan tanah dan pertanian. Antara mereka yang kaya-raya telah mengusahakan estet-estet besar dengan menggunakan kaedah moden dan buruh murah. Akibatnya, ramai petani yang miskin terpaksa menjual tanah dan menyewa tanah daripada bangsawan.

Angkatan Tentera yang Kuat

Rom terbukti mempunyai angkatan tentera yang kuat apabila Maharaja Augustus menggunakan beribu-ribu tentera untuk mempertahankan negara. Tentera-tentera di Rom bertugas untuk mengembangkan kebudayaan Rom. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menjadi jurutera, pembina jalan, petani dan hakim di daerah tempatan. Di Rom, tenteranya yang mengawal kubu pertahanan dibahagikan kepada legion dengan satu legion 6,000 orang anggota termasuk 120 orang askar berkuda. Legion ini diperintah oleh kaum bangsawan dan Centurior menjadi tulang belakang. Ia terdiri daripada warganegara Rom yang sebahagian besarnya orang Itali. Legion merupakan tentera simpanan. Semasa berperang, pasukan pembantu digunakan. Maharaja Augustus juga menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk diri sendiri di Rom. Di sempadan, tentera bukan warganegara digunakan. Ia dibahagikan kepada cohort yang mengandungi tentera berjalan kaki atau berkuda dengan setiap cohort 500 orang. Tentera bukan warganegara ini akan diberi warganegara selepas berkhidmat selama 25 tahun. Pengiring rasmi baginda ialah Praetona yang mengandungi 9,000 orang. Mereka dikehendaki berperang apabila maharaja hendka berperang di medan peperangan. Jumlah anggota angkatan tentera mereka adalah sebanyak 400 ribu orang. Tempoh perkhidmatan mereka adalah di antara 20-25 tahun.

Penduduk Pelbagai Ras

Penduduk di Rom terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Greek, Sepanyol, Britain dan Afrika. Antara mereka ini ada yang menjadi tentera, ahli senat atau pedagang. Mereka ini disatukan di bawah satu parlimen.



Info Lain

Perpustakaan Celsus ( di Turki ) dibina untuk menyimpan 12,000 gulungan dan untuk melayani sebagai makam monumen untuk Celsus ( yang telah konsul di 92 M , gabenor di 115 AD , dan kaya dan popular dikalangan warga tempatan ) . Bangunan ini penting sebagai salah satu contoh yang tinggalan sejarah dari sebuah perpustakaan kuno Rom yang berpegaruh . Ini juga menunjukkan bahawa perpustakaan umum yang dibina tidak hanya untuk wilayahnya sahaja tetapi di seluruh Empayar Rom . Pemulihan besar – besaran yang dianggap amat benar bagi bangunan ini , Gerbang depan dibina semula dan sekarang menjadi contoh utama arkitektur Rom sebenar.

Kerajaan Rom

Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaan. Kerajaan ini disifatkan sebagai sebuah kerajaan autoraktik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey.

Secara kasarnya, kemuncak Kerajaan Rom ini boleh dikatakan berlaku selepas penaklukan Dacia oleh Trajan. Ketika itu, Kerajaan Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.

Pada dekat-dekat nak hampir musnah, Kerajaan Rom ini telah terbahagi kepada dua, iaitu Empayar Rom Barat dan Empayar Rom Timur (dikenali juga Empayar Byzantine). Sebagai penamat dan kejatuhan Kerajaan Rom ini, telah dimuktamadkan oleh ahli sejarawan, bahawa ia tumbang setelah musnah apabila diserang dan ditakluk oleh kerajaan dari bangsa German; iaitu pada 4 September 476.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Agung Rom ini tidak dianggap musnah sepenuhnya kerana wujudnya Kerajaan Byzantine yang juga dianggap dalam sejarah sebagai kuasa 'sebenar' Empayar ini. Dan kemusnahan sebenar Empayar atau Kerajaan Rom ini berlaku apabila ianya ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.

Mengikut sejarah, kerajaan ini dibina oleh sekumpulan petani. Diceritakan bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah. Dan dari situ, masyarakat Rom yang terbahagi mengikut sistem kasta ini, telah membina tamadun sendiri dengan bersulam pengaruh dan kebudayaan Yunani.

Menara Hercules merupakan sebuah rumah api Rom kuno di semenanjung sekitar 2,4 kilometer ( 1.5 batu ) dari pusat A Coruna , Galicia , di Sepanyol utara – barat . Nama Corunna dikatakan berasal dari zaman kuno . Struktur adalah 55 meter ( 180 kaki ) dan pemandangan pantai Atlantik Utara Sepanyol . Dibina hampir 1900 tahun lalu, telah dipulih semula pada tahun 1791 , dan merupakan rumah api tertua di Rom yang masih digunakan.

Kehebatan kerajaan ini telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat. Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.

Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini. Dewan senat adalah antara pengaruh yang paling ketara yang wujud di dalam kerajaan moden sekarang.

Kejatuhan Kerajaan Rom

Setelah kegemilangan Kerajaan Rom sampai kemuncaknya.Tiba-tiba,kerajaan itu mempunyai dua fahaman mazhab yang berbeza iaitu Mazhab Ortodoks dan Katholik.Penubuhan dua mazhab inilah yang menyebabkan kerajaan ini bertambah lemah.Akhirnya,kerajaan Rom berpecah kepada dua iaitu Rom Timur dan Rom Barat.Rom Timur memerintah dari Itali sehingga Anatolia (Turki).Kerajaan Rom Timur terkenal dengan kota yang terkebal dunia yang bernama Konstantinopel atau sekarang Istanbul.Kota Konstantinopel yang sekian abad ada banyak percubaan untuk merebut konstantinopel dari Rom tidak dapat menawan kota itu.Akhirnya semasa empayar Turki Uthmaniah,Sultan Muhammad Al-Fateh ataupun Muhammad II telah berjaya menawan Konstantinopel.Bukan sahaja menawannya,malah berjaya merealisasikan Hadith Nabi Muhammad yang berbunyi

"Kota Konstantinopel pasti jatuh ke tangan orang Islam.Ianya adalah sebaik-baik raja,sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan