Sabtu, 17 November 2012

Kami Di Sini Untuk Gaza

Selamatkan Gaza Dari Kekejaman Israel
gambar diatas-Seorang wanita tua di Palestin sedang menunjukkan tanda 'Peace'

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Kita bertemu lagi setelah beberapa bulan laman ini tidak beroperasi. Kali ini kami akan mengongsikan kepada semua muslimin dan muslimat tentang isu yang paling hangat pada zaman ini. 'Israel Sedang Mengganas'.

Sekarang Israel telah memulakan kekejamannya dengan menyerang Gaza. Setiap satu saat,banyak nyawa manusia yang terkorban terutamanya kanak-kanak dan remaja lelaki. Israel seperti ibu singa yang kehilangan anak,menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pejuang Palestin dapat mengalahkan Israel. Amin Ya Rabbal Alamin. Wahai rakyat Palestin,kami sentiasa bersamamu. Kami sentiasa mendoakan kepada kamu. Tunjukkan kepada mereka bahawa cahaya Islam bakal menyuluhi seluruh negara.