Jumaat, 28 Oktober 2011

Legasi Rasulullah di Rom dan Parsi

Salam semua.Kali ini,kami ingin berkongsi dengan anda berkaitan legasi Rasulullah di Rom dan Parsi.Harap semua terhibur dengan kandungan ini.

Kerajaan Parsi dan Kejatuhannya.


Negara Parsi ataupun sekarang dikenali sebagai Iran.
Nama Parsi ini sebenarnya diambil daripada Fars atau Pars (dalam Bahasa Parsi). Menerusi bahasa Greek, negara-negara Eropah menamakan Iran sebagai Parsi. Ini kerana rantau Iran dan negara-negara sekitarnya adalah teras kepada tamadun dan empayar-empayar lama Parsi. Nama Iran mula digunakan pada tahun 1935 apabila Shah Reza Pahlavi raja Iran meminta agar masyarakat antara bangsa menggunakan istilah Iran. Istilah ini bermaksud Bumi Arya.
Empayar Parsi terdiri daripada beberapa dinasti dimulai dengan Dinasti Achaemenid yang merupakan empayar Parsi asli. Kerajaan ini diasaskan oleh Cyrus Agung yang dimana beliau berjaya menyatukan kerajaan kecil dan suku-suku di penara Iran. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Parsi kemudiannya ditawan oleh bangsa Arab diikuti dengan Turki (Tentera Seljuk), Mongol, Inggeris danRusia. Disebalik penawanan ini, etnik Parsi berjaya mempertahankan kebudayaan, bahasa dan identiti mereka.
KERAJAAN PARSI DI AMBANG KEJATUHAN.
Sebelum kewafatan Rasulullah,baginda telah menghantar utusan untuk menyebarkan islam di Rom dan Parsi.Di Parsi,Maharaja Parsi menghina islam,malah mengoyakkan kertas utusan itu dan menghalau utusan keluar.
Selepas kewafatan Rasulullah,khalifah Islam yang pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq telah menghantar tentera yang dipimpin oleh Khalid al-Walid untuk menumbangkan kerajaan Parsi yang kononnya terkuat.Berikut adalah jadual di bawah
Peperangan Islam-Parsi Sassanid
Sebahagian dari Penaklukan Islam
TarikhApril 633M - 642M
TempatKufah, Madain, Sungai Furat, Walaja, Ullais, Muazayyah, Hirah, Firaz, Qadisiyyah, Nihawand
HasilKemenangan tentera Islam, kejatuhan Empayar Sassanid secara mutlak dan penguasaan wilayah Parsi oleh Khulafa al-Rasyidin
Perubahan
wilayah
MadainIraq dan seluruh wilayah Parsidikuasai oleh tentera Islam
Pihak bersengketa
Empayar SassanidKhulafa al-Rasyidin
Komander
HormuzIndrazaghur,Rostam Farrokhzad,Bahman Jadu, Karanz bin Karianz, Aqqa ibn Qays, Shirazad, Abdul Aswad, Abdul Masih, Jaban, Abjar, Iyas, Wahman Mardansyah, PirouzanKhalid Al-WalidSa'ad ibn Abi Waqqas, Muthanna ibn Harith, Huzaifah Al-YamaniNu'man ibn Muqarrin, Abu Ubaid, Qa'qa ibn Amru, Hisham ibn Utbah, Abu Laila
Kekuatan
Sekitar 250,000Sekitar 90,000
Korban dan kehilangan
Sekitar 150,000Sekitar 15,000

Perang Nihawand

Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattabkerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.
Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.
Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M [1] Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan AfghanistanTransxonia dan Balochistan. Setelah kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini diharamkan kerana dianggap melencong daripada ajaran sebenar.
EMPAYAR ROM (EMPAYAR BYZANTINE) DAN KEJATUHANNYA.
Empayar Byzantine adalah empayar yang terkuat selepas Parsi.Empayar Parsi dan Byzantine (Rom) sering berperang tetapi keputusannya seri.Ternyata kedua-dua kerajaan itu sama kuat.Tetapi,kedatangan bangsa arab telah menumbangkan kawasan Empayar Byzantine di timur tengah.

Empayar Byzantine bermula dari Itali,Bulgaria,Yugoslavia,Romania,Constantinople,Anatolia (Turki),dan beberapa kawasan di tanah arab seperti Mesir,Afrika Utara dan Maghribi termasuk Baitul Muqaddis sebelum ditawan tentera Islam.

Sebelum Rasulullah wafat,baginda seperti biasa menghantar beberapa utusan untuk menyebarkan dakwah ke Rom,tetapi ditolak.

Semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab iaitu khalifah Islam yang kedua,banyak kawasan jajahan Byzantine telah ditawan termasuk kota suci dan qiblat pertama sebelum kaabah,Masjid Al-Aqsa yang berada di Baitul Maqdis (Baitul Muqaddis).

Rentetan itu,pada tahun 1099,tentera salib telah menawan semula Baitul Muqaddis.Kemudian berjaya merampas semula semasa empayar Salahuddin al-Ayyubi (Empayar Abbasiyyah) pada tahun 1187.

Kejatuhan empayar Byzantine mencapai kemuncaknya apabila Kota Konstantinopel ataupun sekarang dikenali sebagai Istanbul,berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh (Sultan Muhammad II) dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Kota Konstinopel adalah ibu kota Byzantine dan juga dikenali sebagai kota terkebal dunia pada masa itu.Beberapa percubaan telah dilakukan sejak zaman Khalifah islam ketiga,Uthman al-Affan.Tetapi,semua percubaan itu gagal.Tetapi,Allah Maha Berkuasa.Semasa ketuanan Uthmaniyah di Turki,Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawannya.

Sumber diatas dari ms.wikipedia.org dan buku PTS Publication.




Rabu, 26 Oktober 2011

Kandungan Al-Quran dan Penawarnya

Salam semua.Kali ini,kami ingin berkongsi sedikit tentang kandungan al-quran dan penawarnya.Kami harap,kamu semua dapat mengambil pengajaran daripada artikel ini.


Apa Itu Al-Quran?
Al-Quran itu adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah ketika di Gua Hira',Kota Mekah.Al-Quran ini menggunakan Bahasa Arab.Ia dibaca oleh seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.Kandungan al-Quran sangat lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan berbanding kitab-kitab yang lain.

Kandungan Al-Quran.

Al-Quran adalah kitab suci agama islam untuk seluruh umat muslim di seluruh dunia dari awal diturunkan hingga waktu penghabisan spesies manusia di dunia baik di bumi maupun di luar angkasa akibat kiamat besar.
Di dalam surat-surat dan ayat-ayat alquran terkandung kandungan yang secara garis besar dapat kita bagi menjadi beberapa hal pokok atau hal utama beserta pengertian atau arti definisi dari masing-masing kandungan inti sarinya, yaitu sebagaimana berikut ini :
1. Aqidah / Akidah
Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Alquran mengajarkan akidah tauhid kepada kita yaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah SWT yang satu yang tidak pernah tidur dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah SWT adalah salah satu butir rukun iman yang pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman disebut sebagai orang-orang kafir.
2. Ibadah
Ibadah adalah taat, tunduk, ikut atau nurut dari segi bahasa. Dari pengertian "fuqaha" ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dijalankan atau dkerjakan untuk mendapatkan ridho dari Allah SWT. Bentuk ibadah dasar dalam ajaran agama islam yakni seperti yang tercantum dalam lima butir rukum islam. Mengucapkan dua kalimah syahadat, sholat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan suci ramadhan dan beribadah pergi haji bagi yang telah mampu menjalankannya.
Gambar menunjukkan umat islam sedang beribadah(solat)
3. Akhlaq / Akhlak
Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul karimah maupun yang tercela atau akhlakul madzmumah. Allah SWT mengutus Nabi Muhammd SAW tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlaq. Setiap manusia harus mengikuti apa yang diperintahkanNya dan menjauhi laranganNya.
Salam dan senyum juga merupakan akhlak islam.
4. Hukum-Hukum
Hukum yang ada di Al-quran adalah memberi suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan memberikan penjatuhan hukuman hukum pada sesama manusia yang terbukti bersalah. Hukum dalam islam berdasarkan Alqur'an ada beberapa jenis atau macam seperti jinayat, mu'amalat, munakahat, faraidh dan jihad.
5. Peringatan / Tadzkir
Tadzkir atau peringatan adalah sesuatu yang memberi peringatan kepada manusia akan ancaman Allah SWT berupa siksa neraka atau waa'id. Tadzkir juga bisa berupa kabar gembira bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dengan balasan berupa nikmat surga jannah atau waa'ad. Di samping itu ada pula gambaran yang menyenangkan di dalam alquran atau disebut juga targhib dan kebalikannya gambarang yang menakutkan dengan istilah lainnya tarhib.
Gambar diatas menunjukkan bala yang menimpa manusia sebagai peringatan Allah kepada manusia yang ingkar kepadaNya.
6. Sejarah-Sejarah atau Kisah-Kisah
Sejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulu baik yang mendapatkan kejayaan akibat taat kepada Allah SWT serta ada juga yang mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar terhadap Allah SWT. Dalam menjalankan kehidupan sehari-hari sebaiknya kita mengambil pelajaran yang baik-baik dari sejarah masa lalu atau dengan istilah lain ikibar.
7. Dorongan Untuk Berfikir
Di dalam al-qur'an banyak ayat-ayat yang mengulas suatu bahasan yang memerlukan pemikiran menusia untuk mendapatkan manfaat dan juga membuktikan kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.
Al-Quran itu adalah Penawar.
Al-Quran juga merupakan penawar segala penyakit seperti doa dan khasiat.Pelbagai doa boleh diamalkan dan diingati seperti doa ibu bapa,doa mohon rezeki,doa hindar dari terpesong san sebagainya.Khasiatnya pula adalah seperti madu yang dihasilkan dari lebah.Madu boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.
Madu (kanan) yang dihasilkan oleh lebah selepas proses mengambil debunga.Madu boleh mengubati pelbagai penyakit
Potongan ayat al-quran yang boleh dijadikan penawar seperti ayat surah Al-Buruj.Ayat ini boleh mengubati penyakit yang berkaitan perut.InsyaAllah
Marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran itu sebagai rujukan dan ubat bagi meningkatkan keimanan dalam diri kita.Kerana,Al-Quran itu adalah syafaat.Al-Quran akan membantu kita semasa di akhirat kelak.

Revolusi Dajjal

Salam semua.Kali ini,kami ingin berkongsi kepada anda tentang dajjal dan revolusinya.Harap semua terhibur dengan kandungannya.
Gambaran Dajjal melalui Wang Dollar

Siapakah Dajjal?

Dajjal itu cacat matanya (buta) sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis Ka,Fa,Ra yang bererti KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. 

Dajjal digambarkan seorang yang buta sebelah mata. Jadi seburuk manapun seseorang (penfitnah/pendusta) itu tidak dikira Dajjal selagi matanya tidak buta sebelah. Dan orang buta mata sebelah berkemungkinan akan dilihat mempunyai ciri-ciri Dajjal. 

Bilakah 'Dajjal' Muncul?

Menurut suatu pendapat,Dajjal itu akan muncul sebelum hari perhitungan.Wallahu a'lam.

Ciri-Ciri Dajjal.
1:Dajjal ini mempunyai satu mata kanan dan satu mata kiri dimana mata kanan dibutakan dan mata kiri masih sihat.

2.Di dahinya,terdapat satu perkataan yang bertulis Ka,Fa,Ra yang bererti Kafir.


3:Dajjal ini akan mengaku dirinya sebagai nabi,atau tuhan.Dalam kata lain (Al-Masih)



Sabtu, 22 Oktober 2011

Kerajaan Islam dan Legasinya


Salam semua.Kali ini,Man ingin berkongsi sedikit tentang kerajaan-kerajaan Islam dan legasinya pada dunia ini.
Harap semua terhibur dengan kandungannya.

Bilakah Islam Wujud?
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t..Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.


Siapakah Nabi Muhammad?
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalibmeninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.


Nabi Muhammad dihormati dan disanjungi oleh para ahli sejarahwan dunia.Mereka berpendapat seperti ini.


"Nabi Muhammad dilahirkan di daerah terbelakang dunia.Tetapi,dalam sekelip mata,beliau telah berjaya mengubah sepertiga peta dunia.Kerajaan Parsi yang gagah tunduk di tapak tangannya.Manakala,Kerajaan Rom yang mengaku kebal tunduk dibawah tapak kakinya.Ini adalah kerana berkat kesabaran dan kasih sayang beliau kepada umatnya."


Legasi Selepas Kewafatan Nabi Muhammad (Penubuhan Kerajaan Islam).


Kerajaan Islam Khulafa ar-Rasyidin

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifahsebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

Kerajaan Bani Ummayyah
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam,Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talibtelah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali , Muawiyahenggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.
Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripadaSemenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan diSindIndia.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

Kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arabالعبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahanKerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

Kerajaan Turki Uthmaniyah
Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

[sunting]Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.
Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Pertempuran Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).
Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.