Ahad, 31 Julai 2011

Sultan Muhammad al-Fateh-Sultan Yang Paling Popular Sepanjang Zaman


Haaa...Kali ni,Man nak cerita sikit pasal lelaki ini.Lelaki ini telah membawa sinar Islam ke separuh Negara Eropah.Namanya adalah Sultan Muhammad.Beliau digelar Al-Fatih yang bermaksud sang penakluk.

Sejarahnya Begini:-

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturkkepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.



imgres.jpg







Jumaat, 22 Julai 2011

Kerajaan Uthmaniyah-Kerajaan Islam Terakhir (1299-1926)


Kali ini,Man pula ingin menceritakan sejarah kerajaan islam yang terakhir yang memerintah dunia selama hampir seabad (999 tahun).Mungkin bagi korang sangat bosan,tetapi baca penuh dahulu.InsyaAllah,semasa kamu membaca,tiba-tiba timbul rasa seronok ingin mengetahuinya.Macam Man juga,dulu Man tak suka baca novel,selepas Man membeli sebuah novel sejarah Islam,tiba-tiba,rasa seronok pulak.

Kerajaan Islam yang terakhir adalah Kerajaan Uthmaniyah.Selepas Kerajaan Bani Abbasiyah tumbang akibat diserang orang Monggol,Muncul Kerajaan Saljuk yang berasal dari timur Anatolia(Turki).Man pun berdebar-debar hendak menceritakan kisah ini.Kisah ini sangat menarik.

Kerajaan Saljuk tidak dapat bertahan lama,lalu Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Wilayah Uthmaniyah lalu baginda mengasaskan Kerajaan Uthmaniyah.

Man berasa terkejut kerana kerajaan ini menakluk satu per tiga dunia yang merangkumi Eropah,Afrika,Parsi,Palestin,Arab Saudi dan Yaman.Man juga berasa bangga kerana kerajaan ini telah menyinarkan Syiar Islam ke seluruh Eropah pada masa itu.Sekarang,walaupun Kerajaan Uthmaniyah tumbang,penganut Islam di Eropah semakin banyak seperti di Sepanyol yang mencecah 9.1 juta orang.Betapa banyaknya umat Islam di sana.

Kerajaan Uthmaniyah merupakan kerajaan yang popular kerana seorang Sultan.Nanti Man akan ceritakan.Selepas Uthman I meninggal,Orhan Gazi pula menggantikan baginda.Baginda sudah berjaya meluaskan kawasan pemerintahan di Asia Kecil.Selepas Sultan Orhan Gazi mangkat,Murad I menggantikan baginda.Murad I sudah meluaskan pemerintahannya ke seluruh timur Asia Kecil.

Kerajaan Turki Uthmaniyah mencapai tahap popular apabila Sultan Muhammad Al-Fatih (Muhammad II/Mehmet II) memerintah.Baginda juga merupakan pemerintah pertama yang melayarkan kapal perangnya ke daratan.Ahli Sejarah Inggeris mengulas tentang perkara ini."Al-Fatih menukarkan daratan menjadi lautan.Lalu berlayarlah di atas daratan.Al-Fatih telah mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great.
Gambar menunjukkan kapal uthmaniyah sedang berlayar di atas daratan.

Man pun terkejut melihat kapal dipindahkan ke daratan.Belum pernah ada pemerintah buat macam ni.Dah kuasa Allah,kita tak boleh menafikannya.hehehe.

Selepas itu Sultan Muhammad Al-Fateh mengisytiharkan pertempuran yang terakhir.Dengan Izin Allah,Kota Konstantinople berjaya di tawan buat lapan ratus tahun sejak Muawiyah bin Abi Sufian.Konstantinople ditukar kepada Istanbul.

Senarai Nama Sultan/Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyah

01. Sultan Uthman I ----------1288M – 1326M

02. Sultan Urkhan ----------1326M – 1359M

03. Sultan Murad I ---------- 1359M – 1389M

04. Sultan Bayazid I ----------; 1389M – 1403M

05. Sultan Muhammad I --------- 1403M – 1421M

06. Sultan Murad II ---------- 1421M – 1451M

07. Sultan Muhammad II ---------- 1451M – 1481M

08. Sultan Bayazid II ----------1481M – 1512M

09. Khalifah Salim I ---------; 1512M – 1520M

10. Khalifah Sulaiman I ---------- 1520M – 1556M

11. Khalifah Salim II --------- 1556M – 1573M

12. Khalifah Murad III ---------- 1573M – 1596M

13. Khalifah Muhammad III ---------- 1596M – 1603M

14. Khalifah Ahmad I ---------- 1903M – 1617M

15. Khalifah Mustafa I ---------- 1617M

16. Khalifah Othman II ---------- 1617M – 1623M

17. Khalifah Murad IV ----------; 1623M – 1640M

18. Khalifah Ibrahim I ----------; 1640M – 1648M

19. Khalifah Muhammad IV---------- 1648M – 1687M

20. Khalifah Sulaiman II ---------- 1697M – 1691M

21. Khalifah Ahmad II ---------- 1691M – 1695M

22. Khalifah Mustafa II ---------- 1695M – 1703M

23. Khalifah Ahmad III ----------; 1703M – 1730M

24. Khalifah Mahmud I ---------- 1730M – 1754M

25. Khalifah Othman III ----------1754M – 1757M

26. Khalifah Mustafa III ---------- 1757M – 1773M

27. Khalifah Abdul Hamid I ---------- 1773M – 1788M

28. Khalifah Salim III ---------- 1788M – 1807M

29. Khalifah Mustafa IV ---------- 1807M – 1808M

30. Khalifah Mahmud II ----------1808M – 1839M

31. Khalifah Abdul Majid I ----------1839M – 1861M

32. Khalifah Abdul Aziz ---------- 1861M – 1876M

33. Khalifah Murad V ----------1876M

34. Khalifah Abdul Hamid II ---------- 1876M – 1909M

35. Khalifah Muhammad V ---------- 1909M – 1918M

36. Khalifah Muhammad VI ---------- 1918M – 1922M


Pada tahun 1926,Mustafa Kemal Attarturk telah memusnahkan Kerajaan Uthmaniyah lalu menubuhkan Republik Turki dimana Beliau adalah Presiden Turki yang Pertama.

Tamatlah sudah pemerintahan Islam di muka bumi Ini.Kini,dunia sedang mengalami pelbagai kontroversi.Sekiranya Kerajaan Islam masih ada lagi.Tentulah tidak ada sebarang pergaduhan dan peperangan.

Sebelum tamat,ini adalah negara yang ditakluk uthmaniyah



Segi Tiga Bermuda



Haiiihhh......Macam-macam betul kat bumi sekarang ni.Peperangan,demostrasi,pergaduhan,konfrontasi,gempa bumi dan macam-macam.Maklumlah orang selalu kata,"Dunia dah demam".Bumi jadi macam ni disebabkan angkara manusialah.Siapa lagi kalau bukan kita yang hidup ni.Buat apa nak kaitkan dengan orang mati?...Macam-macam hal betul sekarang ni....

Tetapi sekarang ni,biar Man cerita sikit pasal tempat berpuaka di dunia,'Segi Tiga Bermuda'..Banyak orang kata,"Siapa lalu di sekitar situ,terus hilang"...Sebelum ni,pada tahun 1832 kita dikejutkan dengan kehilangan dua buah pesawat dan tiga buah kapal laut.Hilang begitu sahaja.Malah,kapal yang terpanjang didunia pun boleh hilang.macam mana tu?...Ada pendapat kata,"Siapa yang melalui segi tiga bermuda,pasti akan hilang....ada yang kena culik makhluk asing,ada yang kena telan raksasa,ada yang masuk dunia lain."

Jika kita teliti mengikut fakta Sains,Segi Tiga Bermuda adalah merupakan pusat graviti bumi ataupun tengah bumi.Graviti di sana sangat tinggi berbanding kita yang tinggal di daratan ni.Kalau ikut pada Agama Islam,Ada pendapat mengatakan bahawa segi tiga bermuda itu adalah pusat pentadbiran Syaitan dan Iblis.



Tengok,inilah gambar yang kononnya segi tiga bermuda ada makhluk asing.tak tahu la sama ada benar ataupun tidak.Semua ni Allah sahaja yang tahu.Kita hanya mampu meramal.

Ini pula macam cerita dongeng pulak.Kapal terbang masuk mulut raksasa.Macam bodoh je....tapi inilah kononnya gambar segi tiga bermuda ada raksasa.entahlah....Man pun tak pasti..Tula,orang ada cakap...Dunia ni macam-macam ada....